Tuesday, January 10, 2012

Aryan Celebrates Nenek Bot's Birthday

20111201.. Birthday nenek Bot yang ke 66 tahun. Dan nenek Bot dapat 2 org cucu sebagai hadiah.. :p Alif Iman yang lahir bulan 7 dan Aryan Malik yang lahir bulan 11. Pertama kali Aryan sambut birthday nenek Bot.

Mummy, abah dan Aryan dah wish nenek Bot tepat pukul 12 tgh malam. Mmg diamalkan sejak dulu lagi, wish birthday pukul 12 tgh malam. Tak kira call, sms or face-to-face. Semua berlumba2 nak jadi orang yang pertama wish. Nampaknya tahun ni mummy berjaya mengalahkan pak long yang setiap tahun berangan nak jadi orang pertama wish :) Tapi, tak kira la lambat atau cepat, janji ingatan yang pentingkan.

Sebab nenek Bot tido awal mlm tu, pagi2 esoknya lepas sarapan mummy dan abah wish dan nyanyikan lagu birthday untuk nenek Bot sekali lagi sambil membawa sepotong cake Secret Recipe dan nasi goreng untuk breakfast..

p/s - jgn takut, tu bukan rambut betul.. terpaksa
sensored sebab tak pakai tudung.. :p
Happy birthday nenek Bot!
May Allah bless you always! We love you!
Then esok malamnya pula, pak lang, mak lang and kakak Delisha datang rumah untuk celebrate birthday nenek Bot. Pak lang beli cake Secret Recipe, kali ni one whole cake. Tapi bukan diorang je yang ada, abang Danial and abang Zafri pun join celebrate sekali through Skype. Nenek Bot happy sangat2 sebab semua cucu dia ada kecuali Iman.

Tengok, bersungguh2 abang Zafri menyanyi lagu birthday
untuk nenek Bot...

Kakak Delisha terkejut, lantas tengok dari jauh aje..

Semua pandang aje cake tuh, lambat nak dirasmikan
sebab semua dah kekenyangan...

Gambar abah Aryan tiada sebab abah adalah cameraman pada hari kejadian. Kesian abah... Walaupun simple, tapi sangat seronok celebrate dengan family. Happy birthday nenek Bot, semoga nenek Bot dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan diberkati Allah SWT. Amin.

Kunjungan tetamu..

Alhamdulillah.. Aryan sangat bertuah.. Rumah kami tak putus2 dikunjungi tetamu. Mereka datang untuk berjumpa Aryan dan memberi salam perkenalan sebagai ahli keluarga baru. Hari pertama Aryan dirumah, geng gooniest datang melawat. Hari kedua, uci ucu sekeluarga datang bersama mak sila. Hari ketiga, mak long Jamilah n mak teh Ina datang. Dan hari2 seterusnya, tok nek cik,  tok njang, tok chaq, mak uda chah sekeluarga, tok tam sekeluarga, cik anim sekeluarga, cik mus sekeluarga, cik miha sekeluarga, cik muna dan cik lela, cik wa sekeluarga serta kawan2 abah dan mummy. Aryan Malik sangat2 bertuah!

Beberapa keping gambar sempat mummy snap..

Tok Njang, Tok Nek Cik, Mak Uda Chah..
Uncle Q pun ada..! with pak su amirul dan cousin faeq..
Rombongan Tok Tam pulak...
Aryan posing dengan Mak Na, Mak Wa, Mak Dah
dan Mak Tah.. (hehehhe... jgn marah ye mak mak semua..)
Ha... ramaikan keluarga Tok Tam.. tapi paling kanan sekali
ialah aunty norand mummy pangku anaknya,
Damia Nur Qaisara (qaira).
Aryan with Aunty Niza.. :)
Aryan juga sangat bertuah nenek Aryan dari kampung sanggup datang teman mummy dan Aryan selama seminggu.. Terima kasih nenek..! Aryan sayang sangat nenek!

Aryan tidoooo aje.. :)
Terima kasih semua, menerima Aryan dalam keluarga.. Aryan sayang semua!

Welcome Home Aryan...

Aryan dibawa pulang ke rumah pada hari ke-3 kelahirannya setelah semua proses berkaitan selesai (Alhamdulillah, sekali lagi Allah membantu hambaNya melalui dengan mudah tanpa sebarang masalah dan kesulitan). Hati berdebar tatkala membawa Aryan masuk ke dalam rumah. Di azan oleh abah sebelum melangkah masuk, Aryan kelihatan sangat tenang.

Nenek Bot orang paling gembira menerima kedatangan Aryan. Terharu sangat melihat riak wajahnya yang terus mendukung dan mencium Aryan berkali2. Aryan cucu ke-5 nenek Bot. Tak sabar nak jumpakan Aryan dengan cousin2nya, Abang Danial, abang Zafri, kakak Delisha, dan Iman.

Aunties&uncles gooniest tiba dirumah jam 8 malam membawa Dominos tanda sokongan yang tak berbelah bagi. Malam tu, mummy dan abah bersama aunties&uncles gooniest lepak bersama2 Aryan buat pertama kalinya. Aryan good boy, hanya tido dan minum sepanjang masa dijaga bergilir2 oleh aunty Moon dan aunty Yeen. Mereka pulang jam 2 pagi, dan tinggallah Aryan bersama abah dan mummy untuk menempuh malam pertama Aryan dirumah. Abah nervous, Mummy pun nervous....

Hmmm.... malam pertama Aryan dirumah adalah sangat mencabar.. Abah dan mummy yang pertama kali melalui pengalaman ini, menjadi zombie keesokkan harinya. Aryan hanya mahu tido didalam dakapan mummy sepanjang malam. Aryan menangis kalau dialihkan. Mummy sakit pinggang sebab tak biasa, abah tak cukup tido sebab setiap kali Aryan menangis, abah terpaksa memujuk Aryan dan mummy (hehehe..). Keadaan yang sama pada malam kedua. Abah dan mummy tetap bersabar, Aryan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan rumah, bilik dan katil. Hasilnya, malam ketiga, Aryan tido dengan lena walaupun bangun setiap 2 jam untuk menyusu. Abah dan mummy sangat happy!

Aryan Malik, penyeri hidup abah dan mummy...


The Arrival of Aryan Malik..

20112011..
Tarikh yang membawa 1000 kebahagiaan kepada kami.. Alhamdulillah, Aryan Malik selamat dilahirkan dimuka bumi ini dan takdir telah menetapkan dia menjadi milik kami.. Syukur padaMu Ya Allah..

Aryan Malik, raja yang memiliki kuasa yang penuh..

Kini, semuanya tentang Aryan Malik. Hidup kami berubah 100% kerana Aryan Malik. Semoga menjadi anak yang soleh Aryan Malik!